Tuesday, November 08, 2016

WASPADA SINDIKET TAWAR BANTUAN KEWANGAN


KOTA TINGGI 8 Nov.- Orang ramai di daerah ini diminta berwaspada dengan satu sindikit penipuan melibatkan sekumpulan individu yang tidak dikenali yang kononnya menawarkan bantuan kewangan dengan berkunjung ke rumah mereka.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Rahmat Othman berkata, kumpulan itu dipercayai bertindak licik dengan menyakinkan mangsa mereka sebagai individu bertuah kerana terpilih untuk menerima bantuan bulanan.

Monday, November 07, 2016

JOM SERTAI BENGKEL FOTOGRAFI PRODUK BISNES ONLINE PERCUMA



KOTA TINGGI 8 Nov.- Penggemar seni fotografi khususnya usahawan 'online' dipelawa menyertai Bengkel Teknik Mudah Fotografi Untuk Meingkatkan Jualan Online yang dijadualkan berlangsung pada hari Sabtu 26 November dan 3 Disember 2016 di Bangunan NGO, Pejabat Parlimen Parlimen Pengerang, Felda Air Tawar 5, Kota Tinggi dekat sini.

Jurucakap juga pegawai Pejabat Parlimen Pengerang, Syed Ben Bella Al Habshee berkata, penyertaan terbuka semua usahawah yang berminat dan yuran penyertaan percuma untuk 30 peserta awal itu adalah anjuran Pejabat Parlimen Pengerang dengan kerjasama Lensa FZ @Mediakota.

Menurutnya, peserta akan didedahkan dengan pengenalan dan teknik asas menggunakan kamera digital dan kamera telefon bimbit.

Penunggang Motosikal Maut Kemalangan




KOTA TINGGI 8 Nov.- Seorang penunggang motosikal maut selepas terlibat kemalangan dengan sebuah kereta Proton Iswara di Kilometer 49.5 Jalan Johor Bahru - Mersing berhampiran Hutan Lipur Panti di sini, pagi semalam.

Mangsa, Nur Hillal Othman, 32 beralamat di Felda Bukit Easter Kota Tinggi disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan untuk mendapatkan rawatan di Hospital Kota Tinggi (HKT).

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Rahmat Othman berkata, kejadian kira-kira pukul 8.15 pagi itu dipercayai berlaku apabila kereta Proton Iswara dari Kota Tinggi menghala ke Mersing telah melanggar motosikal jenis Demak yang ditunggang mangsa.

Sunday, November 06, 2016

RM86,400 BAKAL MENANTI KAKI PANCING DI TASIK MARDI, KLUANG


KOTA TINGGI 6 Nov.- Hadiah wang tunai berjumlah RM86,400 bakal menanti kaki pan­cing dalam pertandingan meman­cing anjuran Joran Bagus Sdn. Bhd. di Persisiran Tasik Mardi, Kluang di sini pada Sabtu (12 Nov) ini.

Pengarahnya yang juga pengerusi pertandingan, Azmi Nan berkata, pertandingan yang sudah masuk tahun kelima itu menawarkan hadiah utama iaitu wang tunai RM40,000, manakala tempat kedua dan ketiga pula meraih wang tunai masing-masing RM20,000 dan RM10,000.

Thursday, November 03, 2016

TITAH SULTAN JOHOR DI PERHIMPUNAN BANGSA JOHOR



ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI. 

SEGALA PUJIAN BAGI ALLAH TUHAN PENTADBIR SELURUH ALAM. SELAWAT DAN SEJAHTERA  KEPADA JUNJUNGAN BESAR KITA NABI MUHAMMAD  SEMULIA MULIA RASUL, SERTA KELUARGA DAN PARA SAHABATNYA SEKALIAN.

ALHAMDULLILAH, SYUKUR SAYA KE HADRAT ALLAH SUBHANAHU WATAALA, KERANA DENGAN LIMPAH KURNIA DAN IZINNYA DAPAT SAYA HADIR DALAM MAJLIS HIMPUNAN BANGSA JOHOR YANG DIANJURKAN BUAT KALI PERTAMA PADA HARI YANG BERSEJARAH  INI.

SEJAK SAYA MENAIKI TAKHTA KERAJAAN JOHOR,  PADA TAHUN 2010, ATAU 6 TAHUN YANG LALU, SAYA TELAH BANYAK BERTEMU DENGAN RAKYAT SAYA MELALUI PROGRAM KEMBARA MAHKOTA JOHOR, DAN JUGA BEBERAPA MAJLIS LAIN YANG  DIANJURKAN OLEH PIHAK KERAJAAN.

NAMUN PADA HARI INI, SAYA BERASA AMAT TERUJA DENGAN MAJLIS HIMPUNAN BANGSA JOHOR YANG DI ADAKAN INI, KERANA IA MERUPAKAN MAJLIS PERTAMA BAGI DIRI SAYA UNTUK MENYAMPAIKAN NASIHAT KEPADA SEMUA RAKYAT SAYA, BANGSA JOHOR YANG HADIR DI STADIUM INI.SETINGGI-TINGGI TAHNIAH DAN BERBANYAK TERIMA KASIH SAYA UCAPKAN KEPADA PIHAK PENGANJUR DAN SEMUA PIHAK YANG TERLIBAT.