Tuesday, November 08, 2016

WASPADA SINDIKET TAWAR BANTUAN KEWANGAN


KOTA TINGGI 8 Nov.- Orang ramai di daerah ini diminta berwaspada dengan satu sindikit penipuan melibatkan sekumpulan individu yang tidak dikenali yang kononnya menawarkan bantuan kewangan dengan berkunjung ke rumah mereka.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Rahmat Othman berkata, kumpulan itu dipercayai bertindak licik dengan menyakinkan mangsa mereka sebagai individu bertuah kerana terpilih untuk menerima bantuan bulanan.

Monday, November 07, 2016

JOM SERTAI BENGKEL FOTOGRAFI PRODUK BISNES ONLINE PERCUMA



KOTA TINGGI 8 Nov.- Penggemar seni fotografi khususnya usahawan 'online' dipelawa menyertai Bengkel Teknik Mudah Fotografi Untuk Meingkatkan Jualan Online yang dijadualkan berlangsung pada hari Sabtu 26 November dan 3 Disember 2016 di Bangunan NGO, Pejabat Parlimen Parlimen Pengerang, Felda Air Tawar 5, Kota Tinggi dekat sini.

Jurucakap juga pegawai Pejabat Parlimen Pengerang, Syed Ben Bella Al Habshee berkata, penyertaan terbuka semua usahawah yang berminat dan yuran penyertaan percuma untuk 30 peserta awal itu adalah anjuran Pejabat Parlimen Pengerang dengan kerjasama Lensa FZ @Mediakota.

Menurutnya, peserta akan didedahkan dengan pengenalan dan teknik asas menggunakan kamera digital dan kamera telefon bimbit.

Penunggang Motosikal Maut Kemalangan




KOTA TINGGI 8 Nov.- Seorang penunggang motosikal maut selepas terlibat kemalangan dengan sebuah kereta Proton Iswara di Kilometer 49.5 Jalan Johor Bahru - Mersing berhampiran Hutan Lipur Panti di sini, pagi semalam.

Mangsa, Nur Hillal Othman, 32 beralamat di Felda Bukit Easter Kota Tinggi disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan untuk mendapatkan rawatan di Hospital Kota Tinggi (HKT).

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Rahmat Othman berkata, kejadian kira-kira pukul 8.15 pagi itu dipercayai berlaku apabila kereta Proton Iswara dari Kota Tinggi menghala ke Mersing telah melanggar motosikal jenis Demak yang ditunggang mangsa.

Sunday, November 06, 2016

RM86,400 BAKAL MENANTI KAKI PANCING DI TASIK MARDI, KLUANG


KOTA TINGGI 6 Nov.- Hadiah wang tunai berjumlah RM86,400 bakal menanti kaki pan­cing dalam pertandingan meman­cing anjuran Joran Bagus Sdn. Bhd. di Persisiran Tasik Mardi, Kluang di sini pada Sabtu (12 Nov) ini.

Pengarahnya yang juga pengerusi pertandingan, Azmi Nan berkata, pertandingan yang sudah masuk tahun kelima itu menawarkan hadiah utama iaitu wang tunai RM40,000, manakala tempat kedua dan ketiga pula meraih wang tunai masing-masing RM20,000 dan RM10,000.

Thursday, November 03, 2016

TITAH SULTAN JOHOR DI PERHIMPUNAN BANGSA JOHOR



ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI. 

SEGALA PUJIAN BAGI ALLAH TUHAN PENTADBIR SELURUH ALAM. SELAWAT DAN SEJAHTERA  KEPADA JUNJUNGAN BESAR KITA NABI MUHAMMAD  SEMULIA MULIA RASUL, SERTA KELUARGA DAN PARA SAHABATNYA SEKALIAN.

ALHAMDULLILAH, SYUKUR SAYA KE HADRAT ALLAH SUBHANAHU WATAALA, KERANA DENGAN LIMPAH KURNIA DAN IZINNYA DAPAT SAYA HADIR DALAM MAJLIS HIMPUNAN BANGSA JOHOR YANG DIANJURKAN BUAT KALI PERTAMA PADA HARI YANG BERSEJARAH  INI.

SEJAK SAYA MENAIKI TAKHTA KERAJAAN JOHOR,  PADA TAHUN 2010, ATAU 6 TAHUN YANG LALU, SAYA TELAH BANYAK BERTEMU DENGAN RAKYAT SAYA MELALUI PROGRAM KEMBARA MAHKOTA JOHOR, DAN JUGA BEBERAPA MAJLIS LAIN YANG  DIANJURKAN OLEH PIHAK KERAJAAN.

NAMUN PADA HARI INI, SAYA BERASA AMAT TERUJA DENGAN MAJLIS HIMPUNAN BANGSA JOHOR YANG DI ADAKAN INI, KERANA IA MERUPAKAN MAJLIS PERTAMA BAGI DIRI SAYA UNTUK MENYAMPAIKAN NASIHAT KEPADA SEMUA RAKYAT SAYA, BANGSA JOHOR YANG HADIR DI STADIUM INI.SETINGGI-TINGGI TAHNIAH DAN BERBANYAK TERIMA KASIH SAYA UCAPKAN KEPADA PIHAK PENGANJUR DAN SEMUA PIHAK YANG TERLIBAT.

Tuesday, November 01, 2016

RADIOKOTA [radiokaratz]


RADIO KOTA merupakan stesen radio internet yang berfokuskan info dan hiburan telah memulakan siarannya sejak 1 September 2016 lalu.

Penubuhan dan pengoperasian RADIO KOTA adalah bagi menyahut trend semasa, iaitu medium siaran radio yang mempunyai keberkesanan langsung yang pantas, mudah dan murah untuk diaplikasi bagi tujuan menyampaikan info dan maklumat selain hiburan.
Saluran radio internet yang bersiaran 24 jam yang mensasarkan peratusan populasi khususnya di daerah Kota Tinggi seterusnya seluruh Johor dan Malaysia.

Saturday, October 29, 2016

SELAMAT MENYAMBUT HARI DEEPAVALI


For those whose celebrate Deepavali
May the glow from the diyas light up your heart with abundance of joy 
and happiness with your love ones.
Sollu Engge nalle nukku kudiem ponni

Sulluva Nayrengge

Happy Deepavali Vartekel..

Sunday, October 23, 2016

BAJET KPKT 2017



Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan mengucapkan setinggi penghargaan kepada Perdana Menteri yang telah memberikan bajet yang besar untuk kementerian KPKT bagi tahun 2017




RM22 JUTA BANGUNKAN PEKAN BATU AMPAT



Sebanyak RM22 juta diperuntukkan untuk pembangunan yang bakal dilaksanakan di pekan Kampung Batu Ampat dan kawasan berhampiran yang akan bermula dalam masa terdekat ini.

Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) merangkap Ahli Parlimen Tenggara, Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata, usaha Strategi Lautan Biru (NBOS) itu dilakukan membabitkan pembinaan mini stadium tertutup, pembangunan semula gerai Rawat dan rehat (RNR) Panti serta pembinaan Pusat Transformasi Usahawan (ETC).




Thursday, October 13, 2016

PERJALANAN DELIGASI SILANG MUAFAKAT PIBK KE SARAWAK 1st



Seramai 27 deligasi  mengikuti Program Silang Muafakat Penglibatan Ibu Bapa dan Komuniti (PIBK) Pendidikan Daerah Kota Tinggi ke Kuching, Sarawak bertujuan bagi mengenalpasti elemen sokongan serta faktor penyumbang kejayaan dan kesepakatan masyarakat dan warga pendidik.

Program tiga hari bermula 25 hingga 27 Ogos 2016 (Khamis hingga Sabtu) itu melibatkan lima pegawai pejabat pendidikan daerah (PPD), pengetua (3 orang), guru besar (4 orang), guru penolong kanan (2 orang), sarana flying squad PPDKT (6 orang), kaunselor (2 orang) dan enam orang ahli persatuan ibu bapa dan guru (PIBG).




REUNION SEKOLAH MENENGAH MASAI (SMM) 76/80



16 SEPT 2016 -    Selepas 36 tahun meninggalkan alam persekolahan, kira-kira 70 bekas pelajar Sekolah Menengah Masai (SMM) tahun 1976/1980 dekat sini bertemu kembali dalam satu majlis pertemuan semula di sebuah restoran LC Catering Johor Bahru dekat sini.

Lebih bermakna majlis kali kedua dianjurkan itu turut disertai 10 bekas guru yang pernah mengajar di sekolah yang kini lebih dikenali sebagai SMK Dato' Penggawa Timur (SMKDPT).






Wednesday, October 12, 2016

YAYASAN KOTA TINGGI



Yayasan Kota Tinggi diilhamkan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang mahu semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mewujudkan yayasan masing-masing di seluruh negeri Johor dan ianya hanya wujud di Johor sahaja.

Pengerusi Yayasan Kota Tinggi merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor Lama, Asiah Md. Ariff berkata, yayasan ini bertujuan memberikan bantuan, perhatian agar mereka yang duduk dalam kawasan pentadbiran PBT tidak terpinggir atau terlepas pandang untuk menerima bantuan yang dikategorikan dalam yayasan.

“Kita sangat beruntung kerana berada di Johor kerana banyak perkara baru yang akan dilaksanakan kerajaan negeri untuk membantu mereka dalam kategori untuk meringankan beban terutama penduduk dalam kawasan bandar,”katanya.




Saturday, October 01, 2016

SOLEMNIZATION - E'WAN & AISYAH




SELAMAT PENGANTIN BARU
Majlis pernikahan anakanda kepada Ishar Jahuri & Ruziah Sapawi iaitu Mohamad Hafizi Ishar dengan pasangannya Siti Aisyah Anuar pada 27 July 2016 (Jumaat) di no. 2, Jalan Bendahara 14, 81440 Bandar Tenggara, Johor Darul Takzim.

Kapada ANDA yang berminat dan masih mencari fotografer rasmi untuk majlis perkahwinan atau event hubungi talian atau whatsApp 0137079525 & 0137675811



SALAM MA'AL HIJRAH...1438H




Assalamualaikum ....Salam Ma'al Hijrah 1438H

"Orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwa merekaadalah lebih tinggi derajatnya di sisi Allah. Mereka itulah oramg-orang yang memperoleh kemenangan." (Surah At-Taubah : 20)

Syukur Alhamdulillah sekali lagi kita diberi keizinan ALLAH s.w.t untuk melangkah ke tahun baru Islam 1438H. Mulakan dengan muhasabah diri apa yang telah kita lakukan sepanjang 1437H. Semoga tahun baru ini memberikan sejuta kejayaan dan kebahagian dalam kehidupan kita.

Semoga ALLAH s.w.t memanjangkan usia kita, memberikan rezeki yang limpah ruah dan mengampunkan dosa-dosa silam kita.

Buat sahabat sekelian, marilah kita berhijrah daripada yang buruk kepada yang baik dan yang baik kepada yang lebih baik. Insyaallah. Amin


Kesempatan ini saya mohon jutaan ampun dan maaf atas segala salah dan silap sepanjang tahun 1437H.  Sesungguhnya yang baik datangnya dari ALLAH s.w.t dan yang buruk dari kedangkalan dan kelemahan diri saya sendiri.

Semoga ALLAH s.w.t memberkati dan merahmati kita semua. Amin.

Farik Salleh @MEDiAKOTA