Tuesday, November 01, 2016

RADIOKOTA [radiokaratz]


RADIO KOTA merupakan stesen radio internet yang berfokuskan info dan hiburan telah memulakan siarannya sejak 1 September 2016 lalu.

Penubuhan dan pengoperasian RADIO KOTA adalah bagi menyahut trend semasa, iaitu medium siaran radio yang mempunyai keberkesanan langsung yang pantas, mudah dan murah untuk diaplikasi bagi tujuan menyampaikan info dan maklumat selain hiburan.
Saluran radio internet yang bersiaran 24 jam yang mensasarkan peratusan populasi khususnya di daerah Kota Tinggi seterusnya seluruh Johor dan Malaysia.


RADIO KOTA - CopyAntara pengisiannya ialah menyiarkan lagu-lagu serta menyampaikan maklumat. Pada masa sama menjadi penghubung antara pendengar yang berada di mana-mana saja.
Pendengar juga boleh menggunakan siaran radio ini sebagai radio allternatif bagi menghebahkan berita atau maklumat sama ada di sekitar kawasan Kota Tinggi mahupun di seluruh negara.
RADIO KOTA juga mengalu-alukan cadangan dan kritikan untuk memperbaiki seterusnya mempertingkatkan lagi mutu siarannya
Dalam pada itu RADIO KOTA turut mengalu-alukan sebarang penajaan dan pengklanan bagi meneruskan kesinambungan perjalanan siaran radio internet ini dengan menghubungi pengurusan RADIO KOTA di talian 013-7079525
Pendengar tempatan dan luar negara boleh mengikuti siaran dengan hanya KLIK di link http://tunein.com/radio/RADIOKOTA-s280020/ dan http://stream.radio.co/sb25b50ceb/listen











No comments:

Post a Comment