Sunday, November 06, 2016

RM86,400 BAKAL MENANTI KAKI PANCING DI TASIK MARDI, KLUANG


KOTA TINGGI 6 Nov.- Hadiah wang tunai berjumlah RM86,400 bakal menanti kaki pan­cing dalam pertandingan meman­cing anjuran Joran Bagus Sdn. Bhd. di Persisiran Tasik Mardi, Kluang di sini pada Sabtu (12 Nov) ini.

Pengarahnya yang juga pengerusi pertandingan, Azmi Nan berkata, pertandingan yang sudah masuk tahun kelima itu menawarkan hadiah utama iaitu wang tunai RM40,000, manakala tempat kedua dan ketiga pula meraih wang tunai masing-masing RM20,000 dan RM10,000.




“Bagi tempat keempat dan kelima pula akan mendapat hadiah wang tunai sebanyak RM4,000 dan RM1,000 manakala saguhati tempat ke enam hingga sembilan menerima wang tunai RM300 dan RM200  bagi tempat ke 10 hingga ke 60 serta set pancing untuk pemenang tempat ke 61 hingga ke 80.

“Selain kameja 'T dan topi percuma kepada 1,000 peserta yang mendaftar awal kami turut menyediakan 20 hadiah cabutan bertuah untuk pemenang ca­butan bertuah.

“Yuran penyertaan yang dikenakan ialah sebanyak RM100 bagi setiap joran dengan mata kail bebas serta umpan halal,” katanya yang ditemui pada pertandingan Cabaran Memancing Sungai Johor di Astaka Budaya Laman Tun Sri Lanang di sini, baru-baru ini.

Azmi berkata, Tasik Mardi, Kluang mempunyai keunikan tersendiri kerana mempunyai banyak spesies ikan di situ dan pada hari Jumaat (10 Nov) sebanyak satu tan ikan keli akan dilepaskan di tasik tersebut.

"Orang ramai yang berminat menyertai pertandingan yang bermula pukul 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari itu boleh mendaftar secara 'online' DJoran Bagus (MAYBANK) 551258510486, simpan dan hantar slip pembayaran melalui aplikasi whatsApp +6016-7769174 atau dikaunter pendaftaran pada hari tersebut," katanya.

Maklumat lanjut boleh diperoleh melalui laman Facebook Joran Bagus atau menghubungi urus setia di talian 019-715400 (Azmi); 012-7942836 (Harun); 017-7607247 (Ejai) dan 011-2781318 (Selamat).

Sumber : MEDIAKOTA
Foto      : JORAN BAGUS



No comments:

Post a Comment